PERHATIAN!

Resolution Terbaik Untuk Blog Ini Hendaklah Menggunakan Google Crome atau Mozilla Firefox (1024 x 768)
PULAU PINANG - Taklimat Penguatkuasaan Enakmen Jenayah Syariah Bersama Ketua Penguatkuasa Agama Pulau Pinang telah diadakan pada hari jumaat yang lalu di Masjid Daerah Seberang Perai Selatan, Jawi dan disampaikan oleh Tuan Haji Jaafar Ismail. Selepas taklimat diadakan, beliau juga turut menyampaikan kutbah jumaat.Turut hadir pada hari tersebut Timbalan Ketua Polis Negeri Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Jaafar.Taklimat tersebut diadakan bertujuan untuk memberi pemahaman tentang enakmen janayah syariah dan cara untuk membuat aduan berkaitan kes khalwat.
Wednesday, 4 April 2012 | 0 comments | Labels: ,
PULAU PINANG - Operasi Cegah Maksiat (OCM) telah dilaksanakan memandangkan malam ini kononya ramai muda mudi ingin menyambut 'Hari Kekasih'. Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang telah menangkap 7 pasang di pelbagai lokasi hotel dan rumah tumpangan di bawah Seksyen 27 EKJSNPP 1996 iaitu disyaki 'Khalwat'. Manakala 7 Notis bagi kesalahan di bawah Seksyen 29 EKJSNPP 1996 iaitu disyaki 'Berkelakuan Tidak Sopan di Tempat Awam.
Monday, 13 February 2012 | 0 comments | Labels: , , ,
BUTTERWORTH - Operasi Cegah Judi telah dijalankan sekitar Butterworth yang diketuai oleh KPPA Tuan Haji Jaafar Ismail menyerbu 5 Premis Agensi Nombor Ramalan. Dalam operasi tersebut, 3 orang telah ditangkap di bawah Seksyen 18 EKJSNPP 1996 iaitu disyaki Berjudi. Mereka dibawa ke Pejabat Agama Butterworth untuk diambil keterangan.
Thursday, 26 January 2012 | 0 comments | Labels: , ,
PULAU PINANG - Operasi Cegah Maksiat  (OCM) giat dilakukan sempena cuti Tahun Baru Cina. Dua malam berturut turut operasi dilaksanakan oleh Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JHEAINPP). Hasilnya 10 pasang telah dikenakan Notis  di bawah Seksyen 29 ( berkelakuan tidak sopan di tempat awam) EKJSNPP 1996  manakala 7 pasang telah ditangkap di bawah Seksyen 27  EKJSNPP 1996 iaitu berkhalwat di pelbagai lokasi.
Monday, 23 January 2012 | 0 comments | Labels: , ,